Want your
own Fotopage?











 
::Precious Moments::

By: yati norzam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-Dec-2007 05:40 Email | Share | | Bookmark
::Mersing::

di hadapan pantai Mersing..
kita duduklah kat tikar zam-zam ni dulu dek..
kanak-kanak menunggang motor
View all 12 photos...
Hari Sabtu, 22 Dec2007...kami pergi Mersing bersama emak, abah, pak ngah dan aki. Amin dan Anim tak ikut sama sebab ada hal memasing. Kami bertolak jam 9.15 pagi dan tiba sana lebih kurang jam 12.30 tengahari.

Tiba di sana, kami singgah di kedai keropok lekor Haji Puteh Othman terlebih dulu. Beli keropok lekor dan beberapa satar untuk dimakan santai di hadapan pantai Mersing. Lebih kurang jam 1.00 petang teruskan perjalanan ke Endau ke rumah bakal besan emak dan abah. Tiba di sana lebih kurang jam 2 petang. Berehat, makan tengahari, bersembang... pukul 3.30 kami bertolak balik.

Singgah di Masjid Mersing untuk solat jamak Zohor Asar. Balik dari masjid sempat singgah di hadapan laut Mersing. Ada banyak permainan motor utk kanak-kanak. Apa lagilah... masa yang ditunggu untuk Wafi dan Nadia bersukaria dan mencuba bakat menunggang motor kereta. Wafi hanya sempat menunggang motor polis dan adik hanya sempat naik kereta kecik. Heheh..seronok tengok budak-budak naik kenderaan ni. Memang membahayakan keselamatan nampaknya, apa taknya memandu dalam keadaan tak mematuhi undang-undang. Memandu sesuka hati. Charge hanya dikenakan RM3 untuk 15 minit, tapi diorang ni tak makan samannya... lelebih hingga ke 20 minit gaknya. Dah tu, tak cukup bila nak pulang kenderaan si adik siap menangis sakan.

Nice pictures!


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Thu 27-Dec-2007 07:14
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
Add comment


Thursday, 27-Dec-2007 04:36 Email | Share | | Bookmark
::Hari Raya Haji berBBQ di kampung::

starting...kipas-kipas jangan tak kipas..
abah dan cik uran..
haa..wawan tu tolong ker atau tulong tengok je
View all 13 photos...
Balik kampung haritu, ummi buat BBQ pada hari ke dua hari raya haji. Takdelah buat banyak sangat, just panggang ayam dan daging kambing sket je. Nak panggang lamb bebanyak sapa pulak nak makan. Nenek tu daging pun tak makan, ni apa tah lagi nak suruh makan daging kambing plak. Ingat nak panggang sosej suma, mmm tak sempat nak beli. Takpelah alhamdulillah juga dengan apa yang ada, ummi just saja untuk berseronok dengan adik beradik dan sanak saudara yang lain. Bukan senang nak jumpa dan semua ada kat kampung. Terima kasih mak Siti dan pakcik Foat, bersusah payah belikan 5 ekor ayam siap potong 12 ketul untuk memudahkan kerja. Terima kasih juga pada cik Nuar, belikan dapur pembakar tu. Heheh..kalau tak aritu nenek suruh je bakar kat atas dapur kayu kat belakang umah tu

So turn ummi pulak untuk menguruskan penyediaannya. Sehari awal ummi perapkan ayam dengan segala rempah terlebih dulu. Keesokan paginya barulah ummi kuarkan tuk standby di panggang . Sementara menunggu makcik Haya tiba, abah dan cik Uran memulakan sessi memanggang terlebih dulu hingga ke tengahari. Para lelaki pergi ke solat Jumaat, kami di rumah menyedia makanan tengahari. Ayam still tak abeh panggang. Kami sambung panggang waktu petang pulak. Tunggu-tunggu makcik Haya tak juga tiba hinggalah abeh panggang. Sudahnya maghrib barulah diorang tiba.



Selamat bergembira

sedap tuh! Fri 4-Jan-2008 07:46
Posted by:laila laila.othman@hotmail.com
Add comment


Wednesday, 19-Dec-2007 05:29 Email | Share | | Bookmark
::Sepetang di Alamanda::

sebelum pergi, nak main beskal dulu
adik nak bawak doll kesayangan dia tu..
sayang adik abang...
View all 12 photos...
Dua beradik ni gembira nak pergi ke Alamanda, sementara menunggu abah bersiap ummi pun amik gambar dua beradik bermain basikal ni dulu:)

[/b]

Tiba di Alamanda, tempat pertama kami tuju ialah Funland...hmm diorang nih..bermain aktif semacam cam tak ingat apa dah. Ummi yang tengok ni pun rasa letih pulak. Sementara tunggu abah pergi solat Maghrib, ummi ambil gambar adik dan abang di bas sekolah ni.






Entryku hari ini

Puteri-puteriku amat dikasihi
Penyejuk mata permata hati
Segala syukur kepada Ilahi
Umur puteriku bertambah lagi
Wed 26-Dec-2007 07:32
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Thanks Kenitra, sudi singgah my fp. Ye...untuk mendapatkan permata yang bernilai, si empunya permata haruslah menggilapnya setiap waktu, semoga ianya lebih berkilau dan bercahaya. Wed 26-Dec-2007 11:24
Posted by:yati, bukit mahkota yati_norzam@yahoo.com.my
ala...tomeynye dia pkai tudung....kn lawo...ala2 muslimah sejati gitu... Tue 8-Jan-2008 09:39
Posted by:shanimmb
Add comment


Wednesday, 19-Dec-2007 03:42 Email | Share | | Bookmark
::Nadia in her Kaftan::

bergambar pakai skaf rambut ummi
mmm..abah adik nak tolong abah wat keje boleh..?
heheh..bolehlah ..
View all 6 photos...

Awal bulan aritu ibu, kak Wafa dan abang Wafi pergi bercuti-cuti ke Kelantan. Balik dari Kelantan ibu belikan adik baju kaftan. Hehheh...cantik. Tapi nampak cam makcik-makcik pulak


Ni adik posing nak tido ngn kaftan dia..

Care to comment?


Tuesday, 18-Dec-2007 11:44 Email | Share | | Bookmark
::Flowers n Herbs Garden::

 
 
 
View all 12 photos...


Cuti hujung minggu, ummi dan abah suka berkebun. Heheh..berkebun apa? Tanah pun sekangkang kera je. Takpelah..at least ada gak something yang nak dibuat untuk keluarkan peluh-peluh jantan dalam badan ni .

Memandangkan tanah yang sedikit kat belakang dapur tu selalu sangat dibuat tempat lepak dan buang najis si kucing-kucing yang datang, abah memberi idea yang baik tuk buat taman kat situ. Temanya "Flowers and Herbs Garden". Cadangnya nak tanam bunga bersama pokok halia, pokok kunyit, pokok kesum, pokok cili dan pokok apa-apalah yang rasa boleh di tanam kat situ. Pokok deriyan tak lehlah. Hujung minggu lepas saja beli pokok bunga tahi ayam dan bunga pagar yang bunga dia pink dan putih tu. Cadang nak tanam kat situ.

Sebelum tu, ummi ada tanam pokok halia kat situ...ingatkan tak hidup, alhamdulillah berhasil...hidup juga, sejuk juga tangan ummi ni yek. Ini sebahagian je, sebahagian lagi dah beri kat ibu, tak larat nak habiskan.



cantik bunga bunga Mon 31-Mar-2008 20:09
Posted by:curtain_cutie
Add comment


Wednesday, 12-Dec-2007 06:14 Email | Share | | Bookmark
::Jalan-jalan Cari Makan::

sementara menunggu makanan tiba..
okee..bolehla nak makan..
amik gambar reramai dulu..
View all 6 photos...


Makan beramai-ramai di Secret Recipe Sri Petaling..bersama Liza, Aarthi, Lela, Aya, Kellyn n Sharon. Kebetulan 10/12 aritu adalah hari Secret Recipe 15th Anniversary, ingatkan adalah jualan murah kek ker apa kat situ. Rupa-rupanya hanya jual di certain outlet saja. Mmm..tak dapatlah nak beli kek one, free one cake.

12/12 ada departmental lunch kat Restoran Al Diafah Sri Petaling bersama Dr Vishna, tapi sayangnya Prof Victor n Prof Ramesh tak dapat join for this lunch, sebab dia busy ada meeting. Oke juga dua orang boses ni tak datang, tak lah malu sangat kita nak makan kan . Nnntah-nntah...yang sebenarnya diorang tu pun malu ngan we all juga.

Care to comment?


Monday, 10-Dec-2007 05:24 Email | Share | | Bookmark
::Bermain basikal di ujung minggu::

selepas mandi pagi, adik sambung men basikal lagi
abang pun nak main beskal juga..
abang, adik nak duduk kat bakang je oke kan?
View all 6 photos...

Bila hujung minggu, ummi abah ada kat umah...yeaaaa abang Wafi dan adik Nurin dapat main basikal. Selalunya, tak dapat main basikal. Ummi abah tak beri bawak basikal ke rumah ibu, sebab dulu abang Wafi dah penah tercalarkan keta ibu masa main beskal. So, this time ummi abah tak nak kes sama berulang lagi, awak berdua heppilah main beskal kat umah je k...


Bila dah penat main beskal kat luar, abang Wafi dan adik pun lepaklah kat dalam tengok CD Anak Soleh. Hmm..tenang sket.

Care to comment?


Sunday, 14-Oct-2007 08:53 Email | Share | | Bookmark
::Jamuan Hari raya aritu::

abah..sedang melayan jiran-jiran yang datang
anak-anak kak Fiza pun ada..
amboii...ibu dah kenyang ker tu?
View all 16 photos...
Hmm...nak kata open house tu, tak lah gak. Actually kalau ikutkan, memang rumah always open to para tetamu. Just kata haritu ada wat makan-makan utk jiran terdekat, dan beberapa kawan-kawan je.

Ummi takdelah masak banyak mana, cuma mee bandung muar, nasi impit ngan kuah kacang dan coctail puding. Selainnya tu ada puding yogurt (dadih), kuih raya dan buah-buahan. Hmm..nak masak banyak memang tak terlaratlah. Dahlah assistant dua orang tu rajin sangat nak tolong, sket-sket bawak kerusi kecik dia nak tengok main chef sedang masak. Yang takutnya dia akan jengahkan kepala dia tengok atas periuk atau kuali, tengok apa yang ummi dia sedang masak. Mmm..kan bahaya tu.

Seronok, tak selalu dapat menjamu jiran dan kawan-kawan kan.

Haiii....yati..salam perkenalan dr zai kedah..boring2 tu singgah lerr kat my fp kat http://zbintim.fotopages.com Fri 14-Dec-2007 12:34
Posted by:zai zbintim@yahoo.com.my
Add comment


Wednesday, 10-Oct-2007 11:42 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 2007 - Tahlil dan Yasin di rumah Pakcik Sahak

Beramah mesra bersama sanak saudara..
Emak dan abah sedang makan..
Sepupu sepapat yang hadir
View all 6 photos...
Gambar kami sekeluarga, hanya sempat diambil setelah balik dari kampung. Masa ni, kami baru saja balik beraya dari umah jiran-jiran, so sementara masih cantik berpakaian baju raya, apa lagi amiklah gambar


Care to comment?


Monday, 24-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
::E-card from Ummi & Family for 2007 Aidilfitri::



Semoga lebaran ini memberi seribu kemanisan dan keberkatan
buat kita semua. Semoga ikatan silaturrahim yang
terjalin antara kita bertambah erat.

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
Mohon maaf Zahir dan Batin

Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.