Want your
own Fotopage?











 
::Precious Moments::

By: yati norzam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Apr-2008 03:40 Email | Share | | Bookmark
Heppy Birthday Wafi yang ke 4 tahunn...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...



[b]Sayang abang dan adikk...mmuahhh



kek chocolate moist yg abah order spesel dari ofismate abah...mmmm marvellouss!!

19 April adalah hari lahir abang Wafi, tahun 2008 adalah ulang tahun kelahiran abang yang ke 4 tahun.. Tahun ni memang ummi dan abah plan nak buatkan birthday party tuk abang sebab selama ni tak pernah buat ramai jemput sesapa pun. Semoga dengan peningkatan umur ni, abang Wafi akan menjadi anak yang soleh...abang yg baik pada adik ye . Ummi abah doakan moga Wafi membesar dengan sihat...bijak dalam menuntut ilmu. Jangan nakal-nakal tauuu....kena jadi anak yg solehhh tau .

time kasih auntie nana, jemputlah datang umah wafi ye. Insyaallah...mudah-mudahan doa auntie nana Allah makbulkan...wafi akan jadi anak yang baik pada ummi abah . Fri 6-Jun-2008 07:45
Posted by:ummi wafi
hepi belated birthday abang wafi. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yg soleh dan abang contoh pada adik nadia. amin. seronokkan yati bila buat mkn2 ni. walaupun penat, tp bila tgk anak2 hepi jer, hilang rasa penat tu. betui tak? Mon 30-Jun-2008 08:50
Posted by:ummi_najwan_najmi  - [Link]
sori, tetiba lak nama ummi najwan ni kuar. maklumlah, pakai share pc kat dlm scanning room ni. hi..hi.. Mon 30-Jun-2008 08:52
Posted by:Ummi Ir  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 16-Apr-2008 05:22 Email | Share | | Bookmark
IMU Staff trip - Shanghai (28-31 March 2008)

ummi and colleagues @ KLI Airport
we @ Pudong International Airport
ummi posing depan restoran after bekfas:)
Shanghai City flyover ~ view from bus
looks nice houses in the Hangzhou
again with Reed flowers farm near their houses
View all 30 photos...
Hmm...arini ummi terasa nak update fp ngn gambar trip aritu. Nnntahlah...rasa malasnya nak update sekarang, busy maanya keje

Oraiiit...the trip start from here...
27th March 2008 - assemble at KLIA
Day 1 Shanghai ~ Wuzhen (Wu-chen) ~ Hangzhou (Hang-jou)
Day 2 Hangzhou ~ Shanghai
Day 3 Shanghai
Day 4 Shanghai ~ Kuala Lumpur

Ummi sonok shopping kat sana and bringing back with plenty of souvenirs and memories of wonderful holiday..heheh ye ke wonderful..balik Mesia tinggal penat je


ko makan apa kat shanghai tuhh? sedap ke? Wed 21-May-2008 13:16
Posted by:kroll
hmm..sib baik we all bawak stok ketupat segera, rendan dan segala makan yg perlu, so mmg makan apa yg dibawa je. tak lalu nak makan masakan diorang . Thu 22-May-2008 03:18
Posted by:yati
sronoknye.. pi jalan2... dpt tngk keindahan alam ciptaan ILAHI...
Wed 4-Jun-2008 08:19
Posted by:kak nana
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 5-Mar-2008 08:11 Email | Share | | Bookmark
Perasmian khemah baru di dalam rumah...

hehe..lepak dalam khemah
adik best tak dalam khemah ni..
hmm bestlah bah, adik siap dah isap puting ni
View all 6 photos...
Abah beli khemah baru berharga RM79.90 di Giant, muatan untuk 6 orang..huhu. Pada mulanya kami bercadang nak guna khemah baru tu ke Sukida Resort, Semenyih. Ummi tak tau sangat tempat tu, tapi abah bersungguh nak berkhemah ke situ. Rupa-rupanya check punye check... we know your main reason wants to be there...ooo abah nak berkhemah sambil memancing-mancing ikan . Okelah...whateverlah..ummi setuju je. So malam tu abah bersemangat test pasang khemah baru tu. Heheh...tak sempat pasang kat luar rumah, abah pasang dalam rumah malam-malam. Seronok...end up kami semua tidur dalam khemah malam tu. Dahlah malam tu hujan, sedap tidur .

Keesokan harinya ummi abah bersungguh bersiap nak pergi, tapi sayang sekali cuaca tak mengizinkan hujan turun seharian. Abah siap dah buat makanan ikan dedak diuli bersama tepung berperisa pisang . Tapi sudahnya simpan jelah dalam peti makanan ikan tu. Melepaslah abah tak dapat pancing lampam, patin dan keluarganya. Rasa hati cam nak pergi je ke tasik Sukida tu, tapi tak bestlah nak memancing waktu hujan-hujan. Lantai basah tak selesa nak berbaring-baring dalam khemah. So nampaknya aktiviti perkhemahan kami telah ditunda ke aktiviti pada masa akan datang . Tungguuu ye!.

Wah... tahun depan bleh ler berkamping kat endau-rompin.... hahaha... Wed 19-Mar-2008 02:37
Posted by:ALIM pulaifornia@gmail.com
hehee...insyaallah oke je no problem . Wed 19-Mar-2008 04:25
Posted by:yati
waa bestnye nak gi picnic2 ni...
tak penah pegi sukida tu... nak ikut bleh??
Thu 10-Apr-2008 03:04
Posted by:masSuzie mas.suzie@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 4-Mar-2008 09:44 Email | Share | | Bookmark
::Heppy Birthday Nadia::

 
 
 
View all 9 photos...


Alhamdulillah...1 Mac 2008, adalah hari lahir Nadia yang ke 2 tahun. Alhamdulillah adik membesar dengan sihat dan ceria. Keletah mulutnya pun tak reti diam, banyak benda yang ditanyakan dengan tutur katanya yang masih pelat Di usia 2 tahun, adik dah pandai kira one, two, tee!! one, two, tee!! diulang-ulang banyak kali bila turun atau naik tangga , ada basikal tapi masih tak pandai kayuh basikal. Di usia dua tahun juga, dia sangat pandai main pondok-pondok dengan abang Wafi, adik jadi emak, abang jadi anak pulak. Hhhehe..terbalik tu. Syok lagi, adik tunjuk pandai sangat pakaikan abang Wafi diapers

So, as birthday treat to this little girl kami sambut di Tasik Idaman. Bawa kek sendiri dan hanya order beberapa makanan je. Heheh...adik dan abang wafi nampak enjoy je .


Selamat hari lahir adik yang ke 2 tahun...


Selamat potong kek dengan ummi..


Selamat menjamu makan kek, baca doa terlebih dulu sebelum makan kk...

hepi belated birthday nadia. seronok dia dpt potong kek ye.
hmm..kejap je kan Yati anak2 ni membesar. Rasa cam baru semlm jer lahirkan diaorang. Tau2 jer nanti..dah nak dpt menantu. how's time flies...tetiba plak ummiir ni nak bersentimental. hi..hi..
Mon 24-Mar-2008 03:45
Posted by:Ummi Ir  - [Link]
waa dah 2 thn ye..
happy besday nadia.... mmg nmpk happy famili... suka la
Thu 10-Apr-2008 03:12
Posted by:masSuzie mas.suzie@gmail.com  - [Link]
waa dah 2 thn ye..
happy besday nadia.... mmg nmpk happy famili... suka la
Thu 10-Apr-2008 03:13
Posted by:masSuzie mas.suzie@gmail.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 14-Feb-2008 08:33 Email | Share | | Bookmark
::Sungai Chongkak::

 
 
 
View all 15 photos...


Pada hari Sabtu yang lepas sempena hari cuti tahun baru Cina...kami sekeluarga pergi berkelah, bermandi manda di Sungai Chongkak. Perjalanan mengambil masa ><1 jam setengah dari Bukit Mahkota ke sana. Memandangkan hari tersebut adalah cuti hujung minggu, kami terpaksa bersesak sedikit untuk mendapatkan tempat letak kereta. Alhamdulillah... akhirnya kami dapat juga tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai 'port' terbaik untuk rehat. Bekalan makanan adalah sesuatu yang memang tidak dilupakan kalau nak berkelah. Okelah... walaupun hanya sempat bawa nasi goreng, sandwich sardin, buah-buahan, otak-otak segera, ayam dan lamb beef untuk dipanggang. Ehehe..siap bawak pembakar BBQ .
Orang paling seronok adalah Wafi, sebabnya dia adalah diantara yang terawal masuk dalam air. Kedua diikuti cik mek adik Nadia. Siap menangis-nangis tak sabar nak masukkan kaki dalam air. Yang lain-lain tu biasalah amin, aki dan mak uda excited 'keceburan' dalam air. Diorang siap main bola air lagi. Ummi tak ketinggalan juga berendam dalam air, hajat di hati nak apungkan diri, tapi alahai....tak boleh nak terapung. Dia berat ke arah lain pulak. Hmm...sampai penat sakit badan semua . Atuk abah tak join mandi, sejuk katanya so dia berehat di atas saja, tok mak okelah agak sporting walaupun hanya main rendam-rendam kaki dalam air , tapi still tak mandi gaklah. Mereka berdua ni just nak berehat sambil melihat gelagat kiteorang yang excited mandi ni.
Abah dan angah kira lambat gak masuk dalam air, sebab diorang mengambil bahagian panggang memanggang ayang. Bila dah suma dah masak barulah diorang join terjun dalam ayaq.

tq 4 visiting dina,irfan n dini's fp. wah, seronoknya bermandi-manda. dah besar abg wafi n adik nadia. mesti dah makin lasakkan? be a good boy n girl,k? Fri 15-Feb-2008 16:51
Posted by:Ummi Ir  - [Link]
mekasih singgah kt fp sy....
"crocodile hunter"?... mungkin tidaaak...(tkut pendek umur .... )
Fri 22-Feb-2008 14:17
Posted by:fakirminds  - [Link]
asm kak, huuu lamanye kite lost contact kan? rindu aa... da ada anak kiut2 da skang ye hehe.. nnt bile2 jom le jumpe mana2 Thu 28-Feb-2008 14:04
Posted by:dja
View all 4 comments Add comment


Thursday, 31-Jan-2008 03:41 Email | Share | | Bookmark
::Bukit Tinggi::

 
 
 
View all 57 photos...
Pada hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga meluangkan masa pergi ke Bukit Tinggi bersama anak-anak. Sekadar untuk merehatkan fikiran dari kesibukan kerja dan bertukar-tukar angin dari Bukit Mahkota, Bangi ke Bukit Tinggi, Pahang . Diantara tempat-tempat yang kami lawati Colmare Tropicale, Japannese Tea House, Botanical Garden dan Rabbit Park. Alhamdulillah...kami seronok melihat keindahan dan kehijauan alam. Anak-anak eppy dapat bermain dan berjinak-jinak dengan sang arnab.






wah seronok sakan ekk...hmmm menarik gak tempat tu... Fri 1-Feb-2008 08:14
Posted by:laila laila.othman@hotmail.com
masuk tempat ni kena bayar ke...rasa mcm nak pegi Mon 4-Feb-2008 07:04
Posted by:bib
oke bib...pegilah CNY ni, quiet menarik tempat ni. nak masuk fee for adult rm16 and rm8 for children 4 yrs n above. Mon 4-Feb-2008 08:43
Posted by:yati
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 30-Jan-2008 09:22 Email | Share | | Bookmark
::Selamat Hari Ulang Tahun Ummi::

Selamat hari lahir ummi...
Semoga dipanjangkan umur yg soleh dan dimurahkan rezeki yg halal
dari suami dan anak-anak tercinta
View all 6 photos...
Alhamdulillah...setinggi kesyukuran dipohonkan kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, memberikan ku peluang meneruskan kehidupan hingga ke hari ini. Disepanjang usia 29 tahun, terlalu banyak nikmat yang telah Kau berikan ke atas hamba yang lemah dan kerdil ini. Nikmat kehidupan bersama suami, anak-anak tercinta dan keluarga tersayang. Sesungguhnya nikmat yang besar tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit iaitu nikmat mengecapi kehidupan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah....


Special cheese cake dari Secret Resipe


untuk Ummi yang disayangi

HAPPY BIRTHDAY YATI!!SEMOGA MURAH REZEKI DAN DITEGUHKAN IMAN...AMINN....

p/s: aikk, sambut ngn bj tidor je ke?
Wed 30-Jan-2008 09:59
Posted by:azwasaini azwasaini@hotmail.com  - [Link]
Terima kasih Wa..sama-sama kita doa moga kita diteguhkan iman kan wa. pakai baju tido tu sebab 2nd time celebrate ngn anak-anak kat umah malam aritu. Siangnya dah date n celebrate ngn abah dia kat Secret Recipe...Okelah tu Wed 30-Jan-2008 10:28
Posted by:yati yati_norzam@yahoo.com.my
Happy Birthday Yati!...
seronok tgk fp yati & family... selama ni kita dok view jer... bile tgk kek yg menarik tu... nak wish plak... dah 29 kite kan... semoga hari2 yg mendatang lebih menguatkan iman & membahagiakan kehidupan... Aminn...
Thu 14-Feb-2008 03:32
Posted by:Sis siswana.mm@maybank.com.my
Add comment


Monday, 21-Jan-2008 09:42 Email | Share | | Bookmark
::Projek buat kuih Hari Asyura::

 
 
 
View all 6 photos...
Hari Asyura jatuh pada hari Sabtu, 19 Januari 2008. Pada hari tu, ummi memang plan nak buat kuih untuk di bawa ke surau untuk jamuan ceramah pada malam harinya. Sementara kesemua 'bodyguard' ummi tidur tengahari, ummi senyap-senyap menyiapkan "kuih Puteri Ayu", spesel kan nama tu? harapnya seayu tuan pembuatnya .



Malas nak buat banyak kali, ummi buat sebanyak 2 adunan dalam satu masa terus. Sementara mengadun bahan-bahan kuih, abah telah menyediakan kelapa di dalam acuan terlebih dulu. Time kasih abah...walaupun kelapa atas tu ada yang sedikit terhancur ker apa... still okelah, bantuanmu amatlah dihargai. Bila abang wafi dah bangun, dia enjoy makan kuih hijau ummi ni. Marvellous katanya!!!



Kek yang ni, ummi saja nak masukkan dalam entry kali ni sebab terlupa nak letak aritu. Kek ni dinamakan "Pandan layer Cake". First time buat kek ni menjadi dengan jayanya, second time buat aritu sponge cake dia jadi cam kuih bengkang, jadi kek bantat pulak. Nntah apa silapnya. Apa-apa pun, ummi tetap bersemangat utk cuba lagi nanti....chaiyo chaiyo..

hiks izma, nak resipi nnt kita jumpa di emel ye. kita banyak kali gak buat kek bantat, tak naiklah...ada yg menjadi tapi kek sebelah tinggi sebelah rendah pun ada. yang penting rajin cuba jee.. nnt kita beri resipi, jangan simpan je resipi tu, mesti kena buat sampai jadi tau.. Thu 24-Jan-2008 04:26
Posted by:yati yati_norzam@yahoo.com.my
Sedapnyaaaaaaaa..... nanti kami datang Bkt Mahkota... buatkan 1 set... kek feberet ni... ari tu kat apos kempunan tak dapat makan kek ni sbb pose.... heeee.... Thu 31-Jan-2008 10:59
Posted by:ALIM pulaifornia@gmail.com
waa sudah terrer buat cake lak ye..
sama mcm pandan layer yang wife apak buat masa kat tpm dulu kan... hihihhihi nice one!
Thu 10-Apr-2008 03:11
Posted by:masSuzie mas.suzie@gmail.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 18-Jan-2008 08:15 Email | Share | | Bookmark
::Susun Puzzle bersama anak-anak::

 
 
 
View all 6 photos...
Sedang kemas-kemas rumah, abang wafi terjumpa sekotak jigzaw puzzle free gift masa beli Vitamin C, Appeton yang masih tak berbuka lagi. Dia bersungguh minta ummi susun puzzle tu semua. Pada mulanya ummi keberatan nak susun tapi memandangkan dia dah merengek, demi anak-anak tersayang ummi luangkan masa bersama wafi dan adik susun bersama walaupun ada masanya ummi terasa naik darah sebab diorang nak tabur-tabur pulak puzzle tu. Susun-susun...akhirnya siap juga 70 pcs puzzle kami


Care to comment?


Monday, 7-Jan-2008 03:21 Email | Share | | Bookmark
::Hari Pertama Wafi di sekolah::

Day Care waktu pagi..
kawan wafi raamai gegirl je plak..
ummi teman wafi sekejap
View all 8 photos...


Tarikh 3 Januari 2008, adalah hari pertama abang Wafi memulakan alam persekolahan dan jagaan di Pasti Ar-Raihan, Bandar Bukit Mahkota Seksyen 5. Bermula hari tu, abang dah tak lagi dijaga bersama ibu. Tinggallah adik sorang di rumah ibu.

Hari pertama tu, ummi dan abah bercuti sebab menghantar abang Wafi pergi ke sekolah. Pada mulanya timbul rasa curiga juga di hati ummi takut kalau si abang meragam tak nak join bersama kawan-kawan lain. Tapi alhamdulillah ... melangkah masuk ke day care saja ada banyak permainan dah tersedia di depan mata. Sukalah si abang tuu Okelah...sekurang-kurangnya lega hati ummi ada something menarik perhatian dia supaya tak boring.

Bila tengok keadaan dia oke, ummi dan abah pun baliklah. Tiba waktu tengahari sepatutnya waktu kelas akan bermula abah pergi seorang tengok keadaan abang Wafi di sekolah. Hehhe..this time dia tak oke pulak. Sebab bila nampak abah dia terus menangis meraung nak mintak balik. Hinggakan ada satu babak tu dia berlari nak balik. Hmmm...gawat juga dibuatnya. Tapi bila pujuk dan tinggal je dia dalam kelas tu, cikgu kata dia oke je lepas tu.



Waktu petang, abah, ummi dan adik jemput abang, sian dia kerinduan dengan adik gaknya. Siap tanya adik "apa khabar dik" berulang-ulang kali sambil peluk-peluk adik. Itu tandanya rindu di hati si anak kecil .

waa wafi dah sekolah ke? hiks.. cepat je masa berlalu kan Wed 9-Jan-2008 08:00
Posted by:masSuzie  - [Link]
itulah...memang cepat sangat masa berlalu. rasa baru aritu kita balik dari kelas sama-sama kan Wed 9-Jan-2008 08:12
Posted by:yati
mak de, takpe time kasih. wafi dah ada pencil color kat umah, aritu dia lari saja nak tarik perhatian kot. bila kita panggil dia lari, tp bila kita sembunyi dia patah balik, takut nak lari jauh. berani dlm takut abang kecik tu. Wed 9-Jan-2008 08:51
Posted by:yati
View all 6 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.